news menu leftnews menu right
Laman Utama Ekonomi Kajian Isu-Isu Islam dan Kemodenan: Kes Perbankan dan Kewangan Islam
Kajian Isu-Isu Islam dan Kemodenan: Kes Perbankan dan Kewangan Islam

Oleh ABDUL SALAM MUHAMAD SHUKRI

 

PROF. MADYA DR. ABDUL SALAM MUHAMAD SHUKRI

ialah Pensyarah

Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 

SEBAGAI satu agama yang benar dan relevan, Islam dan umatnya perlu memahami realiti semasa. Antaranya ialah cabaran dunia moden dengan tamadun Barat menguasai atau memimpin dunia semasa. Sebelum itu tamadun Islam ialah pencorak dan pemimpin tamadun dunia selepas mengambil alih daripada tamadun Yunani, Parsi, India, dan China.

 

Bagaimanapun, akibat kegagalan umat Islam memikul amanah kepimpinan dengan tamadun Barat menggantikan tamadun Islam. Walaupun begitu kisah umat Islam tidak berakhir begitu sahaja apabila kita dapati ulama Islam dan para pemikir tetap berjuang menegakkan kembali tamadun Islam dalam liputan sejarah sehingga hari ini. Ini kerana umat Islam tahu kebenaran di sebalik teori Ibn Khaldun tentang naik dan jatuh (rise and fall) sesuatu tamadun.

 

Artikel ini membincangkan beberapa pendekatan yang diambil dalam mendepani cabaran tamadun Barat dan usaha-usaha dalam memberi alternatif kepada kepimpinan dunia. Kita dapati pendekatan yang diambil ada yang bersifat menerima sepenuhnya tamadun Barat, ada yang menolaknya secara mutlak sepenuhnya  dan ada mengambil pendekatan menerima yang baik dan menolak yang buruknya. Pendekatan ketiga boleh dianggap sebagai pendekatan yang agak baik  apabila mengambil pendekatan “adopting” dan “adapting”, iaitu kaedah untuk mengambil, menerima, mengamal, menganut, menyerap (adopting) yang baik dan menyesuaikan, memadankan, mengadaptasi dan menyadurkan (adapting) dengan konsep dan ajaran Islam. Kita akan mengambil institusi perbankan dan kewangan Islam sebagai contoh bagi melihat pendekatan yang diambil antara yang terpesona dengan kemilau tamadun semasa dan antara ketegangan dan pertentangan antara tamadun yang ada.

 

Barat dan Dunia Lain: Antara Arus Kemodenan Dengan Pemodenan

Istilah moden berasal dari perkataan Inggeris, “modern” bermaksud “dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaeadah) baru, mutakhir. Sebagai  contohnya, bahasa moden, senjata moden dan alat kelengkapan moden. Kemodenan (modernity) pula bermaksud “perihal moden (baru), sifat (ciri dan sebagainya) moden.” Manakala pemodenan atau modenisasi  merujuk kepada “perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan.” (Kamus Dewan, 2005: 1039). Sememangnya arus kemodenan sebegini dapat diterima apabila hanya melibatkan kegiatan memajukan sebuah negara dan masyarakat.

 

Bagaimanapun istilah kemodenan atau “modernity” membawa maksud yang tertentu dan lebih berkait dengan tamadun Barat. Menurut Chris Barker (2005) dalam buku Cultural Studies: Theory and Practice, kemodenan “lazimnya merujuk kepada zaman pasca-tradisional dan pasca zaman pertengahan, lebih dikenali dengan perpindahan dari feudalisme, agrarianisme kepada kapitalisme, industrialisasi, sekularisasi, rasionalisasi, negara bangsa dan bentuk institusi serta corak pengawasannya.” Selain itu ada yang merujuk kemodenan hanya kepada perhubungan sosial berkaitan dengan kebangkitan kapitalisme. Manakala ada yang berpendapat kemodenan itu merujuk kepada kecenderungan dalam budaya intelektual, terutama gerakan-gerakan yang ada jalinan dengan proses sekularisasi dan kehidupan pasca industri seperti faham Marxisme, eksistentialisme, dan wujudnya sains sosial secara rasmi. (http://en.wikipedia.org/wiki/Modernity, akses pada 15/5/11).

 

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH KELUARAN TERBARU ISU JULAI/OGOS2011 DIPASARAN!

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.