news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Suatu Malam Bersama Lelaki Gay
Suatu Malam Bersama Lelaki Gay

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA


 “Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.” (al-Anbia:74)

 

PADA waktu ini, memang sukar untuk kita mengenali mana satu lelaki normal, mana satu lelaki gay. Penulis juga begitu. Malah, asalnya penulis juga tidak tahu apa itu gay, sehinggalah dibawa oleh seorang rakan untuk melihat sendiri kawasan perhimpunan golongan tersebut di sebuah taman rekreasi di Cheras.

 

Penulis masih ingat, ketika itu pukul 1.00 pagi, kami melihat begitu banyak kereta memasuki kawasan parkir berhampiran bangunan stadium bola sepak dan pusat akuatik yang terletak di taman rekreasi tersebut.


           Dari kereta-kereta itu yang sebahagiannya berjenama hebat dan mewah, keluar pemandu dan penumpangnya, seorang, berdua atau beberapa orang. Mereka berbual-bual, kemudian berjalan beriringan menuju kawasan-kawasan yang agak suram, sebelum kemudiannya masuk ke dalam kawasan bukit yang agak gelap dan dipenuhi pokok-pokok besar.


          Pada awalnya, tiada yang pelik kepada lelaki-lelaki ini. Mereka seperti lelaki normal. Namun apabila penulis memasuki kawasan bukit tersebut, penulis terkejut. Di dalam rimbunan pokok-pokok itu yang diterangi cahaya samar dari kawasan sekeliling, kelihatan pasangan lelaki-lelaki sedang bermesra. Malah, terdapat juga kondom yang dibuang merata-rata.


          Di taman rekreasi itu terdapat dua pusat gay, iaitu gay Cina dan satu lagi kawasan gay Melayu. Mereka berhimpun di bukit yang berasingan itu sehingga menjelang Subuh. Di situlah mereka mencari pasangan dan melakukan perbuatan terkutuk.


          Apa yang memalukan, bukan setakat melakukan perbuatan keji di dalam rimbunan pokok dan belukar, mereka juga melakukannya di dalam tandas awam yang disediakan di taman rekreasi tersebut.


          Ada juga gay yang berjalan di sekitar tasik di taman rekreasi berkenaan dengan tujuan untuk mencari kenalan baru. Selepas mendapat kenalan, mereka akan berjalan beriringan menuju ke bukit yang gelap tadi.

 

          Di sebuah taman rekreasi di Selangor pula, pasangan gay ini lebih melampau kerana turut menjadikan surau sebagai tempat melakukan maksiat. Mereka juga menconteng nombor telefon bimbit di dinding surau berkenaan untuk dihubungi. Apabila surau itu dikunci pada waktu malam, lelaki-lelaki gay ini....

 

IKUTILAH KISAH SELANJUTNYA DALAM  MAJALAH DAKWAH KELUARAN TERBARU DIPASARAN!

 

This content has been locked. You can no longer post any comment.



Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.