news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Jalur Didik Pendekatan Dakwah Bil Hal Dalam Manhaj Malizie
Pendekatan Dakwah Bil Hal Dalam Manhaj Malizie

oleh SIDEK BABA

 

Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba ialah Profesor Pendidikan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 

MASA kini, terdapat pelbagai orientasi dakwah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islami. Ada yang memilih orientasi haraki (gerakan), terdapat juga yang memilih orientasi siasi (politik), berkembang juga orientasi tablighi, dan tidak kurang juga cenderung ke arah orientasi sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman amal Islami.

 

Sesetengah orientasi ini menyandarkan kepada jemaah atau gerakan yang terdapat di luar negara yang mempunyai orientasi, maslahah, dan cabaran yang tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah  Mesir umpamanya, kalau ditinjau dari segi sejarah, budaya, situasi sosioekonomi, ia tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah Indo-Pakistan juga tidak serupa dengan situasi sosio-politik-budaya di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dan memerlukan suatu kaedah yang sesuai dengan latar belakang sejarah, sosioekonomi, dan pentadbirannya.

 

Isu yang berbangkit ialah kurang daya tasamuh atau tolak ansur dari segi pendekatan hingga menyebabkan polemik yang tidak terkawal wujud dan akhirnya gerakan dakwah hilang prioritinya. Tidak kurang di kalangan mereka mempunyai sifat taksub melihat jemaahnya saja yang hebat dan mewakili serta meremehkan jemaah lain hingga melahirkan rasa curiga yang tinggi. Perkara kedua yang berbangkit ialah menerima orientasi luar tanpa cuba menyesuaikan uslub ad dakwah dengan realiti setempat. Faktor waqi’ yang berorientasikan Malaysia perlu ada dan tidak semestinya prinsip al-Quran diubah tetapi pengungkapan maksud al-Quran itu dalam beberapa hal memerlukan pendekatan ‘keMalaysiaan’ dengan latar masyarakatnya berbilang dan upaya sosio-budaya-ekonominya tidak seimbang.

 

Manhaj Malizie

Ini tidak bermakna tidak ada latar kesamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan apa yang terdapat di Malaysia. Dakwah Rasulullah s.a.w adalah sumber terbaik sama ada dari segi manhaj mahupun kekesanan dakwahnya. “Manhaj Malizie” atau dakwah mengambil pendekatan keMalaysiaan amat perlu kerana orientasi masyarakat berbilang, kebebasan yang ada, pengaruh Islam dalam sistem, terdapat banyaknya lembaga dan institusi Islam di seluruh negara memungkinkan “Manhaj Malizie” mampu berperanan. Pendekatan ‘keMalaysiaan’ ini mengambil kira peruntukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia, khususnya yang terdapat dalam bidang kuasa negeri. Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan-badan dakwah melihat potensi yang terdapat sama ada di kalangan umat Melayu mahupun di kalangan yang bukan Melayu atau bukan Islam.

 

Isu yang sering berbangkit ialah tidak wujud secara selaras pendekatan wehdah yang merintis jalan kerjasama dan peranan saling melengkapi hingga terhasil suatu kekuatan menangani realiti yang ada dan mencari maslahah yang terbaik antara gagasan dan prinsip dengan dengan faktor sosiobudaya yang terdapat supaya jalur bijaksana sentiasa dijadikan pedoman. Apalagi timbul pendakwaan bahawa “kami adalah jamaah terbaik” hingga menimbulkan persengketaan yang sia-sia dan sikap tertutup....

 

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH ISU JAN/FEB11 DI PASARAN SEKARANG!

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.