news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Suri Wanita & Kecantikan Hakiki
Wanita & Kecantikan Hakiki

oleh SAPORA SIPON

 

Prof. Madya Dr. Sapora Pipon ialah pensyarah

di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

KECANTIKAN berpaksikan kepada kecantikan yang hakiki.  Kecantikan hakiki ialah kecantikan yang berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam.  Ia lahir daripada sifat-sifat  mahmudah kerana  cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik pada pandangan manusia.

 

Kecantikan hakiki dimunculkan dari dalam jiwa melalui resapan pemahaman tentang Islam sehingga membentuk keperibadiannya. Pemahaman dan penghayatan  Islam inilah yang akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana  berkeperibadian Islam memiliki pola fikir Islami (aqliah Islamiah) dan berpola tingkah laku Islam (nafsiah Islamiah).

 

 

Di dalam Islam, wanita yang cantik hakiki  tidak akan berfikir  selain kerangka berfikir Islam. Wanita Muslimah sejati juga  tidak akan bertingkah laku selain dengan perbuatan yang sesuai dengan Islam.  Kecantikan hakiki Muslimah akan benar-benar  cantik dan indah luar dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah, sesuai dengan penegasan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Maha Indah dan menyukai keindahan.”

 

Islam memandang puncak kecantikan wanita melalui tingkat ketundukan dan kepasrahannya kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

”Adalah hari yang mana harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat.” (asy-Syuara: 88-89)

 

Wanita yang mempunyai kecantikan hakiki memiliki  pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka menolong orang lain, ceria dan penyabar.

Selain itu, kecantikan hakiki juga melibatkan kecantikan kerohanian yang mana ia  banyak menitik beratkan hubungan manusia  dengan Allah s.w.t. Melalui  pembentukan kerohanianlah, wanita yang mempunyai kecantikan hakiki akan memiliki ketenangan wajah....

 

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH ISU JAN/FEB11 DI PASARAN SEKARANG!

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.